Adakah Buah-buahan Bahaya Untuk Pesakit Kencing Manis?


  • Share on Whatsapp
  • Share on Line

Seorang pesakit kencing manis mempunyai pantang larang pengambilan makanan, terutamanya yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Bagaimana pula dengan pengambilan buah-buahan yang mempunyai kandungan gula secara semulajadi? Adakah ianya dibolehkan?Sila ikuti laman Facebook Dr. Suhazeli Abdullah untuk info-info perubatan terutamanya berkaitan pemakanan.

adakah buah-buahan bahaya untuk pesakit kencing manis?

Sudah menjadi kefahaman umum bahawa doktor akan menasihati untuk makan buah-buahan dengan kadar yang sedikit bagi pesakit kencing manis. Malah pada masa tertentu doktor akan menghalang terus pesakit tidak memakannya kerana paras gula dalam darah mencanak naik. Kandungan fruktosa dalam buah-buahan juga memainkan peranan penting untuk penghasilan bacaan glukosa dalam darah.

Video Youtube yang mengelirukan

 

Akan tetapi, terdapat satu sebaran video seorang penceramah dari India yang membuat ujikaji paras gula dalam darah. Penceramah tersebut membuat pembuktian bahawa fruktosa dalam buah-buahan tidak akan meningkatkan paras gula dalam darah melalui mesin glukometer. Darah yang pertama dicampur dengan glukosa, bacaan glukometer tinggi. Sebaliknya apabila darah dicampur dengan fruktosa, bacaannya turun.

Kesimpulan yang beliau buat adalah, makan buah-buahan tidak sesekali akan menaikkan paras gula dalam darah. Kepercayaan yang diberitahu oleh para doktor sejak sekian lama hanyalah tipu. 

Fungsi Glukometer

adakah buah-buahan bahaya untuk pesakit kencing manis?

Glukometer gunanya untuk kesan kehadiran glukosa dalam darah. Strip yang digunakan mengandungi enzim glucose oxidase. Apabila glukosa darah berindakbalas dengan enzim tersebut, bacaan akan boleh dibaca mengikut paras tertentu. Glukometer hanya untuk tindakbalas glukosa, maka gula fruktosa tidak sesekali akan bertindakbalas. Oleh yang demikian sudah tentu campur sebakul gula fruktosa pun, bacaan glukometer tidak akan mencanak naik.

Bagaimana pula buah-buahan boleh menyebabkan gula dalam darah meningkat? Buah-buahan seperti rambutan, durian, mempelam dan pelbagai lagi mengandungi fruktosa yang tinggi. Apabila kita makan, perut akan memproses dan diserap masuk ke dalam darah. Gula fruktosa itu akan melalui proses penukaran kepada bentuk lain oleh hati:

adakah buah-buahan bahaya untuk pesakit kencing manis?

  • 29 - 54% ditukar —> GLUKOSA
  • 25% ditukar —> LAKTAT

(Glukosa dan Laktat inilah akan dijana sebagai tenaga kepada sel-sel badan)

  • 15-18% pula akan disimpan dalam bentuk GLIKOGEN dan kurang dari 1% ditukar kepada TRIGLISERIDA (Sejenis Kolesterol).

Justeru, gula fruktosa buah akan tetap ditukar dalam jumlah tertentu dalam badan kita walaupun ianya tidak dapat dikesan melalui glukometer.

Nasihat buat pesakit kencing manis

Beberapa nasihat berikut penting kepada pesakit kencing manis dalam penjagaan makan buah-buahan.

  1. Elakkan pengambilan buah-buahan semasa perut kosong. Ini kerana penyerapan gula fruktosa sepenuhnya (setelah ditukar ke glukosa) tidak dapat ditampung oleh insulin yang lemah atau ubat kencing manis.
  2. Pengambilan buah disarankan diambil sejurus selepas hidangan utama, dihadkan kepada 1 hidangan sahaja. Pada masa ini tindakan insulin atau ubat kencing manis adalah optima.
  3. Maksimum 2 hidangan buah untuk sehari.

Berikut adalah contoh-contoh saiz hidangan buah untuk satu unit karbohidrat. Setiap unit membekalkan 15g karbohidrat:

  1. 1 biji sederhana epal/oren/belimbing/pear
  2. 1 potong nipis betik/nenas/tembikai susu
  3. 1/2 biji jambu batu/mangga kecil
  4. 5 biji sederhana rambutan/laici
  5. 2 biji manggis/jambu air/kedondong/kurma
  6. 8-10 biji kecil langsat/duku/anggur/longan
  7. 2-3 ulas sederhana cempedak/durian/nangka

Manakala makanan berikut ini pula mengandungi karbohidrat ringkas (gula ringkas) yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat.

Senarai makanan yang patut dielakkan atau diminimumkan pengambilannya:

  1. Gula putih, gula merah, gula melaka, gula batu, gula-gula, glukosa
  2. Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap.
  3. Minuman ringan, minuman kordial
  4. Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, aiskrim, coklat
  5. Air tebu, air kelapa muda, minuman-minuman yang ditambah gula

 

Sumber :iluminasi

 


MENARIK

    Hindar 5 jenis pemakanan ini untuk elak diabetes


    Penyakit diabetes adalah penyakit yang berpunca daripada kadar glukosa yang tinggi dalam saluran darah dan kegagalan fungsi pankreas dalam menghasilkan insulin dengan sempurna. Hakikatnya, kadar gula dalam darah mampu dikawal dengan berkesan dengan memastikan corak pemakanan yang diamalkan harus dipantau dengan baik.


    Diet yang diterapkan setiap hari bukan sahaja mampu elak diabetes malahan penyakit lain yang berbahaya untuk kita. Ini termasuk menjauhkan diri dan mencegah pengambilan beberapa jenis makanan yang berpotensi besar untuk menaikkan paras gula dalam darah.


    Antara makanan yang wajib dicegah untuk elak diabetes ialah mengurangkan pengambilan makanan bergula tinggi, makanan bergoreng, makanan mempunyai kadar kolesterol yang tinggi dan diperkaya dengan kandungan lemak trans dan makanan yang tinggi kadar karbohidrat.


    Pengambilan makanan tinggi gula


    Makanan yang sememangnya wajib dicegah adalah makanan yang mempunyai kadar gula yang tinggi dan ia adalah musuh utama bagi pengidap diabetes. Antara makanan yang wujud kandungan gula tinggi merupakan sajian yang disediakan menggunakan pemanis seperti ais krim, kuih donat, aneka pastri, coklat susu, makanan dengan campuran manisan buatan.


    Namun, sajian tersebut bukanlah menggunakan gula semata, ia juga menggunakan pemanis makanan yang lain seperti madu, kismis, dan manisan seperti gula-gula, pastri, serta buah-buahan seperti buah pisang, buah kurma dan anggur merah. Semua jenis makanan yang disebut adalah antara makanan yang sangatlah berbahaya kepada pengidap penyakit diabetes.


    Ia mampu meningkatkan kadar glukosa dan menjadi punca kepada pemendapan gula yang berlebihan dalam darah. Jika tidak dapat mengelakkan penggunaan gula dalam masakan atau minuman, anda boleh meminimumkan penggunaan daripada kadar normal. Memang rasanya akan kurang tapi ia baik untuk kesihatan jangka masa lama.


    Selain itu, makanan bergula mempunyai kandungan glisemik dalam kadar yang tinggi. Apabila kandungan gula dalam makanan merebak secara pantas ke seluruh saluran darah, ia akan melalui proses “fast-releasing”.


    Bagi minuman pula, ia diperkaya dengan kadar glukosa atau sirap jagung yang mengandungi fruktosa tinggi. Dengan itu, anda disarankan untuk memantau dan meminimumkan kadar pengambilan makanan dan minuman bergula dalam menu diet harian anda.


    Pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak juga berpotensi kepada kenaikan berat badan secara mendadak dan menyebabkan kadar insulin dalam darah meningkatkan. Makanan yang tidak berkhasiat dan seimbang menjadi penyumbang utama kepada kadar kolesterol tinggi dalam darah sekaligus akan menjadi punca kepada tekanan darah yang tidak stabil.


    Justeru itu, pengambilan makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi secara kerap setiap hari akan menjurus kepada pemendapan dan pengumpulan glikogen berlebihan darah dan membawa kepada gejala penyakit diabetes yang serius akan wujud.


    Adalah lebih baik jika anda berjumpa dengan doktor atau pakar pemakanan untuk mendapatkan nasihat dan rujukan mengenai kadar pengambilan makanan dan jadual kalori yang betul. Ia bagi mendapat cadangan dan nasihat dalam mengawal pengambilan makanan yang tinggi gula serta kandungan yang tidak diperlukan oleh tubuh badan anda.


    Pengambilan “refined carbs” dan minuman bersoda dalam kuantiti yang banyak


    Bagi elak diabetes juga, anda perlu mencegah diri daripada mengambil makanan mengandungi kadar karbohidrat yang tinggi. Anda harus ketahui tahap tubuh badan anda mempunyai kemampuan tertentu sahaja, terutama sekali dalam proses pengawalan kadar makanan untuk dicernakan sistem penghadaman dalam kuantiti yang diperlukan oleh tubuh badan.


    Jika pengambilan karbohidrat melebihi serat yang lain, ia akan mengakibatkan pengumpulan sisa dalam bentuk gula yang dikenali sebagai glikogen dalam darah. Antara makanan yang tinggi dengan karbohidrat ialah roti, pasta, beras berkanji, pastri dan juga bijirin.


    Perut punca segala penyakit


    Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin petanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada anda. 


    Al-Ma'idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit. 


    6 punca penyebab penyakit dari perut:- 


    1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik. 


    2. Terlalu berlebihan pengambilan makanan. 


    3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga. 


    4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya. 


    5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri. 


    6. Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor. 


    Oleh itu jagalah cara pemakanan anda, dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.